UMNO/BN miliki trek rekod pemerintahan cemerlang di Sabah – Noraini

KOTA KINABALU: UMNO/BN mempunyai trek rekod pemerintahan yang cemerlang selama lebih 25 tahun di Sabah.

Menurut portal UMNO Online, Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris dipetik sebagai berkata bahawa sepanjang tempoh itu, UMNO/BN telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk manfaat rakyat.

Beliau berkata ini termasuk pewujudan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pusat Transformasi Bandar (UTC), projek Lebuh Raya Pan-Borneo, Sabah Development Corridor, Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) di Kimanis dan Lapangan Terbang Baharu Kota Kinabalu dan Tawau.

“Semua ini dilahirkan semasa BN menjadi kerajaan di Negeri Sabah. Itu semua pencapaian cemerlang BN,” katanya.

Sementara itu, Noraini berkata BN sudah cukup bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dari segi persediaan calon dan manifesto yang akan ditawarkan kepada rakyat.

Beliau berkata, keputusan BN untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membuka peluang bagi parti membuktikan kekuatan sendiri.

“Rasanya majoriti ahli UMNO/BN menyokong keputusan untuk tidak bekerjasama dengan GRS dalam menghadapi PRN ke-17. Saya juga merasakan bahawa di kalangan ahli-ahli parti GRS sendiri juga punya pendirian sama.

“Bagi saya ini adalah keputusan yang kita kena terima sebab ia juga akan membuka peluang untuk membuktikan bahawa UMNO ini mempunyai kekuatan sendiri.

“Kita tahu bahawa UMNO/BN memang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Tetapi apabila kita sudah buat keputusan untuk tidak kerjasama dengan GRS, inilah ruang dan peluang bagi menunjukkan bahawa UMNO/BN boleh berdiri di atas landasan sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, penampilan calon dan tawaran manifesto kepada rakyat adalah penting untuk menggamit sokongan para pengundi.

Sumber- UMNO Online

Related Articles

253FansLike

Latest Articles