366 pemain sepak takraw bakal berentap rebut Piala Presiden ASTAKA Sabah 

SANDAKAN: Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden ASTAKA Sabah edisi ke- 41 tahun i akan berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Libaran, dekat sini selama tiga hari bermula 26 September ini.

Setiausaha Kehormat ASTAKa, Suhaimi bin Abdullah, dalam kenyataan media, berkata acara berprestij itu dianjurkan oleh Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA Sabah) dengan kerjasama ASTAKA Sandakan dan ASTAKA Beluran.

Katanya kejohanan itu merupakan antara program tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat sukan sepak takraw di Sabah.

Suhaimi berkata ini kerana ia menjadi medan menghimpunkan pemain-pemain hebat dari seluruh negeri.

Menurutnya kejohanan kali ini akan menghimpunkan seramai 366 atlet dan pegawai dan 48 pegawai teknikal danakan mempertandingkan lima kategori utama.

Ini termasuk kategori  Regu Lelaki – Double Lelaki – Regu Wanita- Double Wanita- Veteran Lelaki  katanya.

Katanya dengan sokongan penaja utama Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN) serta rakan penaja yang lain seperti Gajah Emas Industries Sdn. Bhd dan penyumbang-penymbang individu,

Suhaimi berkata kejohanan tersebut diyakini memberi impak positif kepada perkembangan sukan sepak takraw di Sabah, khususnya dalam mencungkil bakat baharu serta meningkatkan lagi prestasi pemain berpengalaman.

Sementara itu, Presiden ASTAKA Sabah Datuk hj. Roslie Hj. Ibrahim menyeru seluruh masyarakat setempat, khususnya para peminat sukan tradisi ini, untuk hadir beramai-ramai ke Dewan Kompleks Sukan Komuniti Libaran bagi menyaksikan kehangatan perlawanan yang dijangka berlangsung dengan penuh semangat kesukanan. 

“Jom Saksikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden ASTAKA Sabah Kali ke-41/2025” – mari bersama memberi sokongan kepada atlet-atlet kita,* katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles