Lebih RM500,000 dibelanjakan untuk insentif khas pengantin baharu di Tongod


Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Sejumlah RM520, 000 telah dibelanjakan untuk inisiatif khas sumbangan kepada pasangan pengantin baru di daerah Tongod sejak 2020.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kuamut, Tokyo Hasim Omar berkata, sehingga Ogos tahun ini sejumlah 520 pasangan pengantin baru direkod di daerah itu dan telahpun menerima menfaat daripada inisiatif berkenaan.

” Bantuan khas itu merupakan salah satu manifesto peribadi Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah ketika bertanding dan menang atas tiket Bebas pada pilihan raya negeri (PRN) September 2020.

” Pengantin yang baharu menjejaki alam perkahwinan akan diberikan inisiatif khas RM1,000 kepada setiap pasangan, ” jelasnya.

Menurut Tokyo yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kuamut, baru-baru ini. Masiung telah menyampaikan inisiatif khas itu kepada pasangan pengantin baru, Mohd Khairil Mohd Saharie dan Kamsinah Mahalil, pada majlis perkahwinan pasangan itu.

Katanya, Pejabat Wakil Rakyat Kuamut akan merekodkan setiap pasangan yang telah menaiki jenjang pelamin di daerah itu dari masa ke semasa bagi memboleh mereka di senaraikan sebagai penerima bantuan khas berkenaan.

” Kami telah menerima arahan Masiung, supaya menyampaikan inisiatif khas itu tanpa memilih fahaman politik, kaum dan agama kepada pasangan pengantin.

” Syaratnya, kedua-dua pasangan pengantin mestilah penduduk asal daerah Tonod, ” tambahnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles