Salleh: RTR Bongawan Kukuhkan Empat Tonggak Sokongan BN

BONGAWAN: Barisan Nasional (BN) terus mengukuhkan sokongan rakyat melalui program Radu Tatap Radu (RTR) yang berlangsung di Padang Biau, Bongawan hari ini.

Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, dalam ucapannya menekankan bahawa empat golongan utama menjadi tumpuan perjuangan BN – penyokong setia, bekas penyokong berakar umbi UMNO, bukan ahli parti tetapi memihak kepada BN, serta generasi muda.

“Penyokong setia adalah tulang belakang kita, bekas penyokong mesti kita raikan kembali, bukan ahli yang bersama kita adalah sebahagian daripada kekuatan, manakala anak muda pula mewakili masa depan perjuangan ini,” katanya.

Salleh menegaskan bahawa UMNO dan BN terbuka bukan sahaja untuk ahli parti tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Beliau memberi jaminan bahawa fokus BN adalah mewujudkan peluang pekerjaan, memperluas pendidikan, dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi muda.

Program RTR Bongawan berjaya menghimpunkan ratusan penduduk tempatan yang bersemangat untuk berdiri bersama BN menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Turut hadir ialah YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin, Ketua Bahagian UMNO Kimanis; Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Ketua Bahagian UMNO Labuan; Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Ketua Pemuda UMNO Malaysia; serta barisan kepimpinan UMNO Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles