Kompleks sukan mini Kadamaian antara perancangan KDM untuk faedah rakyat – Josely Taising

KOTA BELUD: Pembinaan kompleks sukan mini di Kadamaian merupakan antara perancangan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi memastikan rakyat di kawasan DUN itu memperoleh manfaat khususnya dalam bidang sukan.

Bakal calon KDM Kadamaian Gundohing Josely Taising berkata KDM bertekad untuk memperjuangkan pewujudan kompleks sukan mini itu jika diberi mandat dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata perancangan itu adalah selaras dengan wawasan KDM yang ingin melihat Kadamaian dinaik taraf sebagai daerah kecil dan pekan Taginambur dijadikan sebagai pusat pentadbiran.

 “Kita ada cadangan dan perancangan untuk rakyat Kadamaian. Mudah-mudahan dengan kuasa rakyat, sokongan kuat rakyat DUN Kadamaian, satu masa nanti kita dapat merealisasikannya.

*Apa yang penting ialah rakyat Kadamaian bangkit dan berani melakukan perubahan dan pembaharuan, khususnya dalam PRN akan datang,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Selain itu, Josely mengetengahkan beberapa isu yang bakal diberi perhatian.

Katanya ini termasuk menambahbaik atau naik taraf Jalanraya Taginambur Pomotodon Tiong Komburaon.

“Ini penting kerana ada bahagian jalan itu yang hampir putus (ada tanah runtuh) dan perlu diperbaiki,” katanya.

Josely juga komited untuk membina  jambatan gantung (merentasi Sungai Maranggoi) di Kg Bukid. 

Katanya KDM turut berusaha untuk 

mempercepatkan dan merealisasikan cadangan penaiktarafan Klinik Kesihatan Taginambur.

“Kita lihat ada keperluan untuk mempercepatkan penempatan doktor pakar di klinik kesihatan tersebut demi kebaikan semua pada masa depan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles