Kemudahan jambatan kayu Pomotodon Taginambur DUN Kadamaian terabai – Josely Taising

KOTA BELUD: Kegagalan pihak berwajib menyelenggara kemudahan jambatan kayu di Kampung Pomotodon Taginambur, DUN Kadamaian amat mendukacitakan, terutamanya pada tahun ini yang diwar-warkan sebagai tahun cemerlang buat kerajaan GRS PH Plus dengan kedudukan kewangan yang kukuh dan rizab yang tinggi.

Bakal calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) DUN Kadamaian Josely Taising berkata kepingan besi yang kelihatan di atas jambatan kayu yang melintasi anak sungai di kawasan tumpuan pelancong itu, sudah uzur dan membahayakan pengguna jalanraya.

“Saya dimaklumkan sebelum ini ada pelancong sempat memuat naik di medsos tentang kekecewaan kerana bumper keretanya (kecil/rendah) mengalami kerosakan /tercalar.

“Ini diakibatkan hujung kepingan besi tersebut akan terangkat ketika kereta melintas menyebabkan bumper kereta terutama yang rendah dan kecil, tersangkut,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Josely berkata beliau turut bersimpati dengan situasi yang menimpa pelancong terbabit dan menyarankan agar pihak berkenaan mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan.

“Tiada sebab kemudahan rakyat ini terabai begitu sahaja, kerana kewangan kerajaan negeri dan rizab kukuh.

“Ini (jambatan) hanyalah sebahagian daripada keluhan rakyat…banyak lagi yang lain, dan KDM bertekad untuk membela nasib rakyat dan merealisasikannya sekiranya diberi mandat dalam PRN akan datang,” katanya.

Menurut Josely, jambatan di Kg Pomotodon Taginambur, Kadamaian itu merupakan laluan utama penduduk Kg Pomotodon, Kg Tiong Komburaon dan juga para pelancong yang datang berkunjung di kawasan tersebut.

Katanya ia juga laluan para pelajar yang bersekolah di SK Taginambur dan SMK Narinang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles