Robert sokong cadangan wujudkan ‘Zara law’ – Akta Anti Buli di Sabah

KOTA KINABALU : Keperluan menwujudkan Anekmen Anti Buli (Zara Law Ordinance) bagi Sabah adalah tindakan yang wajar dan keperluan itu besar maknanya untuk negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Bingkor, Datuk Robert Tawik berkata, sudah sampai masanya ordinan sedemikian rupa dikuatkuasakan secara tuntas bagi mengekang perbuatan buli bukan sahaja di institusi pendidikan dan sekolah tetapi juga libatan menyeluruh sehingga ke jabatan-jabatan kerajaan lain, TADIKA, TABIKA atau yang sekaitan dengannya.

“Budaya buli ini semakin meruncing sejak kebelakangan ini dan rakyat sudah membawanya hingga ke perhimpunan aman di sana sini.

Isu Allahyarham Zara sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa membuli itu merupakan satu jenayah dan si pelakunya harus menerima hukuman yang wajar akibat perbuatannya,” jelas beliau sebagai mengulas cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan semalam.

Menurutnya, isu buli ini tidak lagi boleh di pandang remeh atau dijadikan sebagai satu isu terpencil kerana ianya boleh menjejaskan mental mangsa yang boleh membawa kepada tindakan lain seperti takut mahu ke sekolah, ponteng dan pencapaian pendidikan menurun.

“Seperti kata Dr Jeffrey, jika persekutuan belum melaksanakan secara tuntas, Sabah boleh mencadangkan ordinan ini di Dewan Undangan Negeri Sabah pada masa akan datang dengan lebih memperincikan isu itu (ordinan) sebelum digazetkan,” ujarnya lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles