Lantik segera kontraktor baharu siapkan projek Kompleks Sukan Tongod – Willyfous


Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Terdapat keperluan segera melantik kontraktor baharu bagi menyiapkan kerja-kerja fizilal Kompleks Sukan Tongod yang tertangguh pembinaanya pada awal Ogos lalu.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kuamut, Willyfous Darinsok berkata, kontraktor baharu wajar dilantik segera sebaik sahaja proses tender semula selesai memandangkan perjanjian kontrak telah ditamatkan ke atas syarikat pembinaan projek berkenaan.

Prestasi pembinaan kompleks sukan bernilai RM7 juta itu yang dikategorikan ‘projek sakit’ telah mendapat perhatian serius Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah yang berang selepas mendapati kontraktor gagal menyiapkan kerja mengikut jadual.

” Masiung telah mengambil pendekatan tegas mahukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri menamatkan perjanjian ke atas syarikat terbabit membolehkan kontraktor baharu dilantik sebagai penyelamat.

” Lebih sepuluh kali saya mengiringi beliau membuat lawatan mengajut ke tapak projek itu dan memberi amaran kepada kontraktor kerana kemajuan kerja agak perlahan.

” Beberapa kelongaran telah diberikan kepada kontraktor tersebut sebelum ini termasuk empat kali Lanjutan Masa (EOT) namun kemajuan fizikal kerja agak mengecewakan, ” jelas Willyfous.

Katanya, kegagalan kontraktor berkenaan meneruskan kerja telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tuduhan buruk netezen terhadap wakil rakyat Kuamut.

Sementara, pihak pembangkang pula katanya, telah mengambil kesempatan menggunakan isu itu untuk menabur pelbagai fitnah liar kepada Masiung.

Willyfous yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sukan Sabah, mengesa KBS mempercepatkan proses tender semula kompleks sukan tersebut membolehkan ia dapat disiapkan secepat mungkin.

” Kami tidak kisah apa jua tuduhan atau fitnah yang dilemperkan, tugas kami dalam kepimpinan kerajaan di Kuamut memastikan kompleks sukan Tongod siap untuk kemudahan anak muda di daerah ini, ” tambahnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles