KDM umum Wetrom sebagai calon KM jika bentuk kerajaan

KOTA KINABALU: Pimpinan Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), mengumumkan Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda sebagai calon Ketua Menteri sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti.

Pemangku Presiden KDM, Priscella Peter berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi di ibu pejabat parti itu, di Penampang, pada Isnin.

“Sukacita kami umumkan, Pimpinan Tertinggi KDM sebulat suara bersetuju Datuk Wetrom sebagai calon Ketua Menteri sekiranya parti ini berjaya membentuk kerajaan pada PRN17 nanti.

“Cadangan ini sebenarnya datang daripada Presiden KDM, Datuk Peter Anthony sendiri dan pada hari ini kami bincang dan memutuskannya sebulat suara.

“Mesyuarat hari ini berlangsung dengan penuh kekeluargaan, apa yang saya boleh katakan, KDM sudah bersedia hadapi PRN17,” katanya dalam kenyataan.

Priscella berkata, mesyuarat hari ini juga ada membincangkan mengenai calon dan kawasan yang akan ditandingi.

Katanya, setakat ini lebih 40 kerusi telah dikenalpasti, begitu juga dengan calon-calon yang bakal bertanding.

“KDM akan umumkan semuanya (kawasan ditandingi dan calon) apabila tiba masanya, kemungkinan besar selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles