Kembara Merdeka Madani Peringkat Negeri Sabah Semarakkan Patriotisme Murid

TUARAN:  Lebih 200 murid dan guru pengiring dari empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) – Tuaran, Kota Belud, Penampang dan Ranau – menyertai Program Kembara Merdeka Madani Peringkat Negeri Sabah 2025 yang berlangsung meriah di Trek Joging Tamparuli ke Bukit Perahu, baru-baru ini

Program anjuran SK Malangang Baru, Kiulu dengan kerjasama peserta NPQEL 2025 dan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran itu bertujuan meningkatkan penyertaan murid dalam PAJSK peringkat negeri, menyemai semangat patriotisme serta memperkukuh jati diri murid. 

Program itu turut menyumbang kepada peningkatan skor SK@S sekolah melalui pelbagai pertandingan yang dijalankan.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. 

Turut hadir ialah En. John Wayne Linggang, Guru Besar SK Malangang Baru; Pn. Kuilin Tubing (PK Kokum), Pn. Joen Saimin (PK HEM),  En. Rosman Pa’al, Penyelaras Projek merangkap peserta NPQEL 2025 yang melaksanakan perantisan di SK Malangang Baru, Tuaran. 

Program ini bukan sahaja mengukuhkan semangat cintakan negara dalam kalangan murid, malah memupuk kolaborasi antara sekolah dan komuniti pendidikan dari pelbagai daerah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles