Hari Merdeka – Sukan wadah terbaik pupuk perpaduan rakyat – Henry Saimpon

KIULU: Sukan menjadi wadah terbaik untuk memupuk dan menyemarak semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, terutama acara sukan yang diadakan sempena Hari Kemerdakaan

Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Henry Saimpon berkata jika semua kaum, termasuk golongan belia dapat bekerjasama dalam menjayakan apa juga aktiviti sukan, ia pasti membantu meningkatkan mutu sukan selain mengekalkan keharmonian dan perpaduan di negeri ini.

“Sebab itu, KDM Kiulu mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara Santai Bolasepak Bersama Penduduk Rangalau demi  memupuk perpaduan dan gaya hidup sihat.

“Acara bolasepak ini merupakan antara pengisian Hari Merdeka yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan golongan belia di peringkat akar umbi atau kampung, sekali gus memastikan rakyat terus hidup aman dan damai,” katanya.

Henry yang juga bekas pemain bolasepak Sabah berkata demikian ketika mengulas signifikan program santai bolasepak di Padang Rangalau Lama, di sini pada Ahad.

Turut hadir menyaksikan aksi-aksi pemain yang bertanding ialah Setiausaha Agung KDM Gundohing Willie Jude, Dua Naib Ketua Penyelaras KDM Kiulu iaitu Joluin Joiruh dan Saimon Yagul.

Sebanyak enam pasukan menyertai pertandingan bolasepak tujuh sebelah itu yang disaksikan lebih 100 orang penduduk dari sekitar kampung Rangalau.

Penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang disempurnakan oleh Ketua Kampung Rangalau Lama K KTaingin Agu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles