KOTA KINABALU: Politik bukan soal “bunuh atau dibunuh karier politik lawan, sebaliknya ia merupakan persaingan sihat, berasaskan idea membangunkan Sabah selaras semangat MA6, dan bukan politik maki hamun atau tidak beradab
Pakar sains politik Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata apa yang penting ialah semua pihak belajar bekerjasama walau berbeza fahaman politik.
“Perpaduan dan kestabilan mesti sentiasa diutamakan — kerana hanya dengan itu Sabah benar-benar akan maju,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata dalam konteks politik Sabah, terdapat pihak yang memilih parti tempatan, ada yang pilih parti nasional.
“Itu hak rakyat Sabah (selaras prinsip demokrasi), bukan kesilapan. Jangan cepat menuduh orang lain salah atau pengkhianat,” katanya.
