Baiki segera jambatan uzur di Kampung Lasau Tintapon, Kadamaian demi keselesaan penduduk – Josely Taising

KOTA BELUD: Jambatan kayu yang sudah usang di Kampung Lasau Tintapon  Kadamaian, dekat sini, perlu dinaik taraf segera.

Ketika membuat gesaan itu, bakal calon KDM DUN Kadamaian Josely Taising berkata 

ini kerana keadaan jambatan kayu itu sudah uzur dan ia merupakan jalan utama penduduk Kg Lasau Tintapon dan  SK Lasau Tintapon.

Menurut aduan penduduk di situ, jambatan ini selalu dilalui oleh *lori-lori melebihi 8 tan dan juga lori pembancuh (lori mixer) menambahkan kerosakan jambatan tersebut*.

“Oleh itu, jambatan kayu tersebut wajar diperbaiki bagi mengelakkan sebarang kemungkinan,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Josely berkata demikian selepas melawat tapak jambatan Kg Lasau Tintapon pada Ahad.

Katanya program KDM santuni komuniti itu akan diteruskan bagi menyelami denyut nadi rakyat di kawasan DUN Kadamaian.

Beliau berkata KDM mempunyai agenda pembangunan tersendiri untuk memajukan lagi Kadamaian jika diberi mandat dalam PRN akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles