Josely Taising Ajak Rakyat Kadamaian Lakukan Perubahan Dalam PRN

KOTA BELUD: Bakal calon KDM DUN Kadamaian Josely Taising mengajak rakyat kawasan itu bangkit untuk melakukan perubahan besar terhadap lanskap politik negeri ini.

Menurutnya sudah tiba masanya negeri ini diperintah oleh parti local atau parti politik yang “tidak terikat” dengan parti Malaya seperti acuan politik di negeri jiran Sarawak.

“Sejarah politik membuktikan pendekatan yang diambil oleh rakyat Sarawak selama ini telah membuahkan hasil.

“Namum saya berpendapat masih ada peluang kita untuk membetulkan keadaan ini dalam PRN akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis santai bersama pemimpin komuniti di Kampung Nahaba, dekat sini baru-baru ini.

Josely mengakui bukan mudah untuk membuat pembaharuan namun tidak ada yang mustahil dalam arena politik.

“Seperti pepatah rojak, cuba try test sepenggal, saya yakin perubahan 

akan berlaku,” katanya. 

Sehubungan itu, Josely menyeru rakyat Kadamaian berjuang habis-habisan supaya perubahan dapat dilakukan demi masa depan yang lebih cerah.

Sementara itu, baru-baru ini Josely meluangkan masa menziarahi keluarga berduka di tiga kampung yang kehilangan orang tersayang iaitu mendiang Puan Jultia Binti Sintakan di Kg Bukid, mendiang Puan Rendimon Binti Dail di Kg Mandap dan mendiang Encik Boyogo Bin Simbuna di Kg Piasau Dimala.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles