KDM wajar namakan calon KM jika tanding lebih 40 kerusi -Pemerhati Politik

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) wajar menamakan pemimpin parti tempatan itu sebagai calon Ketua Menteri Sabah jika parti itu bertanding lebih 40 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Ramai pemerhati politik berpendapat mana-mana parti yang bertanding lebih setengah daripada 73 kerusi DUN Sabah perlu berbuat demikian, sekali gus menunjukkan parti berkenaan mampu menjadi tulang belakang kerajaan negeri selepas PRN.

Setakat ini, antara tokoh yang disebut-sebut sebagai calon pilihan ke jawatan itu ialah bekas Pembantu Menteri dan Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda.

Aktivis Sosial Remy Majangkim berkata strategi menamakan calon pilihan untuk jawatan Ketua Menteri adalah tepat pada masanya dan wajar disokong semua pihak.

“Sebelum DUN Sabah bubar, sebaiknya parti tempatan KDM namakan calon Ketua Menteri.

“Ini kerana persepsi rakyat menjurus kepada terdapat kebarangkalian KDM boleh menang banyak kerusi jika benar-benar bertanding di lebih 40 kerusi,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Mengenai kemungkinan KDM akan menamakan Wetrom, Remy berkata ahli Parlimen Kota Marudu itu merupakan antara tokoh politik berpengalaman yang boleh diketengahkan.

“Saya melihat Wetrom cukup berpengalaman dan mempunyai kelebihan tersendiri dan tambahan pula, beliau pernah memegang jawatan Pembantu Menteri dalam kerajaan GRS sebelum menyertai parti KDM.

“Selain itu, Wetrom memiliki kelayakan yang relevan iaitu Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dari UPM,” katanya.

Sebelum ini, KDM telah menzahirkan kesediaan untuk bertanding di lebih 40 kerusi DUN Sabah dalam PRN yang akan datang.

Parti yang memenangi 38 kerusi idalam PRN17 bakal membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles