Apa sudah jadi dengan mini stadium daerah Putatan? – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed mengesa pihak berwajib untuk memastikan projek mini stadium daerah Putatan, yang terletak di pinggiran bandaraya Kota Kinabalu, disiapkan segera.

Beliau berkata ini kerana sehingga kini tidak ada tanda-tanda ianya boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Menurutnya projek itu telah tergantung begitu lama biarpun untuk kali kedua perlancaran projek dilaksanakan pada 26 Julai 2023.

Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata projek yang menelan belanja RM7. 89 juta itu sepatutnya  siap pada awal bulan Januari tahun ini.

“Oleh itu, keutamaan untuk menyelesaikan projek ini amat diharapkan dengan kadar secepat mungkin kerana ianya sudah menjadi salah satu keperluan utama kepada golongan belia dan warga Putatan khususnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak berkaitan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menyelesaikan isu tersebut secara tuntas. dan jika berlaku perlanggaran kontrek ianya mesti ditangani dengan segera. 

“Jika berlaku ketirisan dalam projek ini, saya mohon tindakan yang sewajarnya diambil supaya ianya menjadi signal kepada mana-mana kontrektor lain bahawa tanggungjawab mereka perlu diselesaikan dengan sebaiknya mengikut perjanjian dalam kontrek,” katanya.

Jeffery turut memohon agar pihak Majlis Daerah Putatan dan pejabat daerah

dilantik sebagai pemantau langsung kepada pembangunan projek itu, supaya libat urus dalam urusan tadbir urus projek-projek dalam daerah Putatan itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Dalam hal ini, beliau berkata pemimpin-pemimpin setempat perlu lebih proaktif memberi tekanan yang sepatutnya dalam memastikan pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat melaksanakan tugasan mereka khusus dalam pembangunan mini stadium Daerah Putatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles