Josely Taising santuni warga emas Tegudon, DUN Kadamaian

KOTA BELUD:  Dalam sama-sama menyambut bulan Hari Kebangsaan dengan acara kemuncak sambutan bakal dirayakan pada 31 Ogos, nasib warga emas di sini, khususnya DUN Kadamaian sentiasa diberi perhatian oleh pelbagai pihak.

Baru-baru ini, bakal calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Josely Taising meluangkan masa menyantuni

warga emas di Kg Tegudon, Kadamaian.

Sempena lawatan itu, Josely menyampaikan sedikit sumbangan derma kepada warga emas di kampung tersebut.

Beliau berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan bebanan keluarga warga emas di situ dan dapat digunakan untuk keperluan harian di bulan Hari Kebangsaan.

Hari Kebangsaan disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles