Oleh Yussof J Imbang
TONGOD: Ledakan media sosial salah satu bentuk pejajahan baharu negara yang boleh mencetuskan kontervisi masyarakat jika ia tidak ditangani dengan serius.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, melahirkan kebimbangan kewujudkan berita-berita palsu dan vedio pendek disebarkan melalui laman sosial adalah ancaman kemerdekaan yang perlu diatasi.
” Peningkatan polemik pelbagai platform media sosial seperti tiktok, reel, group wathsap dan youtube untuk menyerang kerajaan dan sesebuah institusi boleh melemahkan tadbir urus negara yang sedang merdeka ” tegasnya.
Masiung ditenui media selepas merasmikan pelepasan Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Dataran Terbuka Tongod, pagi kelmarin.
Katanya, kandungan hantaran tidak ditapis ternyata dijadikan senjata tajam golongan tertentu untuk menyerang pihak lain yang mengundang fitnah dan hasutan.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu berkata, sejarah kemerdekaan wajar dihayati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan golongan usia.
” Generasi muda harus mengetahui bahawa kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin kita yang terdahulu.
” Di Malaysia kita bebas dari cengkaman penjajah tanpa pertumpahan darah. Tidak seperti negara-negara lain di dunia, di mana rakyatnya terpaksa memikul senjata untuk menuntut kemerdekaan.
Laungan merdeka sahaja tidak bermakna jika kita tidak menyelami dimensi pembangunan dan sosio ekonomi negara yang menjurus kepada kestabilan masyarakat pelbagai kaum, ” tegasnya.
Menurut Masiung, ramai generasi muda pada hari ini beranggapan kemerdekaan hanya bebas daripada cangkaman penjajah melaungkan, slogan ‘merdeka’ dan mengebarkan jalur gemilang semata.
Namun katanya, golongan muda perlu sedar kemerdekaan jiwa dan minda wajar dipupuk melalui pembinaan jati diri yang dibentuk kepada empat aspek utama, iaitu agama,
pendidikan, ahlak dan budaya.
Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Puan Jainisah Mohd Noor dan Pegawai Daerah Tongod, Mohd Yuseri Yusof, adalah antara 1,000 warga Tongod yang hadir memeriah Kembara Merdeka Jalur Gemilang tersebut.
