KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam Kejohanan Sukan Pekerja (SUPER) 2025 di USM, Pulau Pinang baru-baru ini.
Bertanding buat pertama kalinya, KGKS yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah mampu meraih tempat kelima daripada 10 pasukan negeri yang bertanding dalam acara badminton.
Turut dipertandingkan dalam kejohanan SUPER 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 Ogos itu ialah bola sepak dan bola jaring.
Ketua kontinjen Sabah En Riduan bin Mohd Yassin menzahirkan ucapan syukur atas semangat juang yang ditunjukkam para ahli KGKS, sekali gus memberi saingan sengit terutama dalam acara badminton pimpinan jurulatih Gundohing cikgu Jimin Tibin.
“Walaupun baru pertama kali menyertai kejohanan Sukan Pekerja, Pasukan bola sepak dan bola jaring KGKS tetap memberikan saingan yang sengit terhadap pihak lawan,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.
Turut hadir bersama pasukan KGKS ialah Pengarah Jheks Sabah Noraini binti Ithnin.
Beliau sentiasa memberi sokongan padu dan menjaga kebajikan semua peserta daripada KGKS.
Noraini turut memuji semangat kesukanan kontinjen Sabah, sekali gus membuktikan bahawa kejohanan itu ‘bukan hanya tentang kemenangan, tetapi juga tentang usaha , kerjasama dan semangat berpasukan’.
KGKS kini diterajui pemimpin berwibawa, presiden Tuan Murkam bin Hj Hussein.
