Hutang bon RM1 bilion – Siapa yang bercakap benar ? Masidi atau Shafie

Kenyataan Media Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresiden WARISANMantan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Saya mengambil maklum kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun yang cuba memperkecilkan fakta bahawa di bawah kepimpinan saya pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Sabah telah melunaskan sepenuhnya hutang bon berjumlah RM1 bilion yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.2. 

Beliau cuba menggambarkan seolah-olah bayaran balik tersebut berlaku dengan sendirinya, seakan-akan Warisan hanya duduk diam dan hutang itu terbayar sendiri. Hakikatnya, itu tidak benar.

 Fakta sebenarnya ialah apabila Warisan mengambil alih pada tahun 2018, hanya terdapat kira-kira RM400 juta dalam Dana Pembayaran Balik Bon (Sinking Fund), iaitu setahun sebelum bon itu matang. 

Jumlah ini hanyalah sekitar 40% daripada apa yang diperlukan untuk membayar balik prinsipal bon, belum lagi termasuk faedah.

Masidi dalam kenyataannya berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu diwajibkan memperuntukkan RM200 juta setahun ke dalam Dana Pembayaran Balik Bon dari 2014 hingga 2019.

 Dakwaannya bahawa BN telah “memperuntukkan” RM1 bilion adalah tidak benar. Menjelang 2018, baki utama yang masih perlu dibayar adalah kira-kira RM600 juta yang perlu dicari dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Bayaran balik bon bukan sekadar prinsipal RM1 bilion, tetapi turut merangkumi bayaran faedah, menjadikan jumlah keseluruhan bayaran balik melebihi RM1 bilion.7.

Ini bermaksud Warisan perlu mendapatkan bukan sahaja baki prinsipal RM600 juta, tetapi juga dana tambahan untuk menampung faedah. 

Semuanya perlu diperolehi dalam tempoh setahun selepas mengambil alih kerajaan.

Melalui pengurusan kewangan berhemat, kawalan kos dan pengagihan semula sumber, Warisan telah meningkatkan Dana Pembayaran Balik Bon daripada RM400 juta kepada RM1 bilion dalam tempoh setahun. Ini memastikan bon tersebut dapat dilunaskan sepenuhnya mengikut jadual.

Namun, bon tersebut sendiri menimbulkan persoalan besar. Masidi yang ketika itu merupakan anggota kabinet BN mesti menjelaskan untuk apa sebenarnya RM1 bilion bon itu digunakan dan sama ada rakyat Sabah mendapat manfaatnya.

Saya juga dimaklumkan bahawa RM500 juta daripada hasil bon itu sebenarnya dibelanjakan di negeri lain dan bukan di Sabah.11. 

Jika benar, ini bermakna separuh daripada beban hutang yang ditanggung rakyat Sabah selama lima tahun tidak memberikan apa-apa kesan kepada penambahbaikan infrastruktur, perkhidmatan atau pembangunan di negeri ini

Inilah pentadbiran BN yang meninggalkan Sabah dengan hutang yang semakin meningkat, rizab yang menyusut dan projek mega yang meragukan.

Jika mereka begitu “berhemat”, mengapa Dana Pembayaran Balik Bon begitu jauh daripada jumlah yang diperlukan untuk bayaran pada 2018? Mengapa begitu banyak wang pinjaman dimanfaatkan oleh negeri lain dan bukan Sabah?

Warisan melindungi Dana Pembayaran Balik Bon, mendapatkan baki RM600 juta dan melunaskan hutang sepenuhnya tanpa memotong perkhidmatan asas kepada rakyat.

Dakwaan Masidi bahawa ini adalah “kemenangan” BN tidak berasas apabila melihat fakta sebenar. 

Bayaran balik itu tidak berlaku secara automatik, sebaliknya hasil daripada disiplin kewangan yang ketat dan pengurusan negeri secara bertanggungjawab walaupun dalam tempoh singkat dan tekanan kewangan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles