Kenyataan Media Setiausaha Agung GRS
KOTA KINABALU: Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS telah diadakan pada malam ini, antara lain membincangkan persediaan menghadapi PRN17 yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai persediaan menghadapi PRN17, Majlis Tertinggi GRS memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan. Kerjasama ini telah banyak membantu menstabilkan politik di Sabah dan memberi ruang kepada Kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan khusus kepada usaha-usaha membangunkan Sabah, termasuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan kemudahan asas.
Kita akan duduk semeja dengan kepimpinan PH dalam masa terdekat bagi menentukan agihan kerusi yang akan ditandingi oleh parti masing-masing. GRS kekal berpendirian bahawa parti-parti tempatan hendaklah mengambil peranan utama dalam kerjasama yang akan dipersetujui.
Majlis Tertinggi GRS tidak membincangkan atau menyentuh sebarang kerjasama dengan parti-parti lain bagi menghadapi PRN17.