Parti PERPADUAN desak kerajaan segera bina balai bomba di Telupid dan Tongod

TELUPID: Ketua wanita parti PERPADUAN pusat, Puan Scholastica Taraji  memandang serius insiden kebakaran di pekan Telupid pada Sabtu, yang menyaksikan beberapa kedai papan dan bot-bot perniagaan musnah.

Katanya situasi itu membuatkan penduduk Telupid cemas kerana ketiadaan angota pemadam api, sekali gus telah mengakibatkan kemusnahaan teruk dan pemilik kedai mengalami kerugian besar. 

Berikutan itu, Scholastica berkata parti PERPADUAN mendesak agar kerajaan membina balai bomba di daerah Telupid dan Tongod bagi memenuhi kehendak dan keperluan pemadam api.

“Jelas sekali, susulan kejadian kebakaran ini, rakyat mendesak agar segerakan pembinaan balai bomba di Telupid dan Tongod bagi keperluan pemadam api dan keselamatan di kedua-dua daerah ini. 

“Ketiadaan balai bomba menyebabkan banyak harta benda tidak dapat diselamatkan dan mengimbas kembali kebakaran perumahan di Pinagah tahun lalu (Tongod) ia masih menjadi mimpi ngeri kepada penduduk daerah tersebut dan sampai hari ini rumah-rumah yang terbakar masih belum dibina penduduk kerana masih truma dengan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, katanya parti PERPADUAN merayu Kerajaan Persekutuan segera membina dua balai bomba masing-masing di Telupid dan Tongod. 

“Jika di semenanjung Malaysia setiap dearah ada balai bomba seharusnya juga di Sabah dilayan sama rata, kerana keluasan Telupid dan Tongod sama luasnya dengan dua negeri di semenanjung Malaysia,” katanya.

Selain dengan desakan pembinaan balai bomba, Scholastica berkata PERPADUAN turut medesak agar Jabatan Air meningkatkan usaha bagi menambah loji-loji air terawat dan menyalurkan air bersih kepada masyarakat kampung yang kini masih mengharapkan air hujan.

“PERPADUAN juga mencadangkan agar Jabatan Air memasang saluran air ke kampung Minusoh, Soguon, Tampasak dan kampung-kampung yang lain kerana sampai hari ini tidak ada tindakan kerajaan untuk mengatasi kekurangan bekalan air di kawasan Tongod,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles