Penerangan Perlu Kawal Naratif, Bukan Sekadar Menjawab – Salleh

KOTA KINABALU: Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menegaskan bahawa jentera penerangan parti perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk dan mengawal naratif politik, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Berucap dalam program Penerangan UMNO Sabah, beliau berkata bahawa kekuatan penerangan bukan sekadar menjawab serangan lawan, tetapi membina keyakinan rakyat melalui fakta, komunikasi berstrategi dan penguasaan medan digital.

“Kalau kita tidak kawal cerita, orang lain akan cipta cerita untuk kita. Kita bukan lagi di zaman ceramah besar semata-mata. TikTok, WhatsApp, dan media sosial sudah menjadi medan perang sebenar,” katanya.

Salleh juga menyentuh isu yang semakin banyak dimainkan — iaitu perbandingan antara parti tempatan dan parti nasional.

“UMNO Sabah ini parti nasional, tapi dibina oleh orang Sabah dan untuk orang Sabah. Yang penting bukan parti itu dari mana, tetapi apa yang diperjuangkan dan siapa yang betul-betul bekerja untuk rakyat.”

Beliau turut menyeru agar jentera penerangan UMNO Sabah bersatu dalam mesej, menyesuaikan pendekatan mengikut segmen pengundi, dan menggerakkan naratif yang meyakinkan rakyat bahawa UMNO dan BN masih relevan sebagai pilihan terbaik untuk masa depan Sabah.

Turut hadir Datuk Suhaimi Nasir, Ketua Penerangan UMNO Sabah; Musliati Wakiman, Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu; dan Busiau Ampirak, Ketua UMNO Bahagian Pensiangan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles