KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) akan menganjurkan
Program Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru-Guru di Papar tidak lama lagi.
Presiden KGKS Encik Murkam bin Hj Hussein berkata program itu, antara lain bertujuan
memperkasakan lagi profesion keguruan.
“Semoga usaha murni ini dapat menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan negeri Sabah secara menyeluruh,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.
Murkam berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah IKRAR Sabah, Tuan Azrul bin Ibrahim di sini baru-baru ini.
Katanya kunjungan itu diyakini dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama dalam memartabatkan pembangunan profesionalisme guru.
