Tandek berpotensi dinaik taraf jadi daerah kecil – Jimson Majemal

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah diminta meneliti potensi Pekan Tandek untuk dinaik taraf menjadi sebuah daerah kecil.

Ketika membuat gesaan itu, Presiden Penaja Persatuan Pembangunan Anak Jati Tandek (PEJATI) Jimson Majemal optimis Pekan Tandek atau DUN Tandek secara keseluruhan sudah memenuhi kriteria asas sebagai sebuah daerah kecil.

“Sudah ada bangunan kedai dan perumahan  di sekitar kawasan pekan Tandek. Begitu juga daripada segi penduduk, bilangannya semakin bertambah dan kawasannya pula luas,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Menurut Jimson, usaha itu diyakini mampu merancakkan lagi pembangunan dan sosio-ekonomi di kawasan Tandek.

Beliau berharap tidak pihak yang  mempersoalkan kewajaran inisiatif menaiktaraf Tandek ke sebuah daerah kecil.

“Kita wajar berpandangan jauh dan melihat usaha ini daripada sudut positif demi masa depan yang lebih cerah.

“Misalnya dalam daerah Tuaran, terdapat dua daerah kecil iaitu Tamparuli dan Kiulu. Daripada segi jarak, Pekan Tuaran dan Pekan Tamparuli hampir sama jarak Pekan Kota Marudu ke Pekan Tandek…jadi tidak timbul isu  Pekan Tandek tidak layak dinaiktaraf,” katanya.

Jimson berkata jika cadangan tersebut menjadi kenyataan, pelbagai urusan pentadbiran terutama yang berkaitan dengan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, dan pada masa yang sama menggurangkan beban kerja pentadbiran di pejabat daerah Kota Marudu.

“Selain itu, langkah ini diyakini dapat membantu memperkasakan pengurusan masyarakat di luar bandar. Contohnya di Kg Magandai, ia boleh menjimatkan kos pengangkutan dan jimatkan masa,” katanya.

Beliau berharap syor itu dapat dipertimbangkan kerana keupayaannya membawa impak ekonomi jangka panjang yang cukup signifikan.

Sebelum ini, Jimson yang juga bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu telah mencadangkan agar 

Kerajaan Persekutuan mewujudkan cawangan Politeknik di Kota Marudu bagi memenuhi keperluan rakyat, khususnya golongan pelajar atau belia di bahagian pantai utara Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles