Bekalan Elektrik Kawasan Telipok, Tuaran Terjejas Akibat Kecurian Kabel

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Kampus INTAN, Telipok dan sekitarnya pada 3 Ogos adalah berpunca daripada kejadian kecurian kabel pada talian 33kV yang menghubungkan PPU Kibing ke PPU Menggatal.

Cubaan mencuri kabel bawah tanah di kawasan Telipok pada awal pagi Ahad telah menyebabkan kerosakan serius pada kabel 33kV, sekali gus menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan sekitar sejak tengah hari.

Pasukan teknikal Sabah Electricity telah digerakkan serta-merta untuk melaksanakan kerjakerja pembaikan sepanjang malam.Sebanyak lima buah janakuasa bergerak ditempatkan untuk membantu menyalur bekalan elektrik ke kawasan terjejas.

Ketua Pegawai Operasi, Ir.Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusuf berkata pasukan baik pulih kerosakan bekerja terus menerus tanpa henti sehingga bekalan dapat diberikan semula pada jam 5:14 pagi, 4 Ogos 2025.

‘Kelewatan disebabkan tahap kerosakan yang besar berpunca daripada cubaan mencuri dengan cara memotong kabel elektrik 33kV sabah Electricity “ujarnya lagi. 

Sabah Electricity amat kesal atas segala kesulitan yang timbul akibat insiden ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna yang terjejas atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh pemulihan.

Sabah Electricity juga menyeru orang ramai agar sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti mencurigakan berhampiran kemudahan elektrik dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa atau Sabah Electricity Careline di talian 15444 atau WhatsApp 019-852 5427.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles