Projek komersial rumah kedai fasa II di Pekan Tongod bermula tahun ini


Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD: Satu lagi projek komersial pembangunan kedai bertingkat fasa II mengandungi enam unit akan didirikan di Pekan Baharu Tongod bermula tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, pembinaan kedai baharu itu bernilai hampir RM4 juta susulan pembinaan sederat kedai bertingkat enam unit fasa pertama tahun lalu.

” Projek Pekan Baharu Tongod itu merupakan salah satu inisetif komersial Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diilhamkan Kerajaan Negeri Sabah, ” katanya dalam sidang media sejurus upacara rasmi pecah tanah projek tersebut, semalam.

Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, kerja-kerja pembinaan fasa pertama kini telahpun berjalan 50 peratus dan ianya dijangka siap sebelum pertengahan tahun hadapan.

Masiung berkata, kedua-dua projek komersial itu dilaksanakan oleh LPPB dan enam unit kedai yang sedang dibina fasa pertama telahpun habis terjual.

Sementara itu, LPPB juga bercadang mendirikan 50 unit rumah teres dua tingkat
di bawah Program Rumah Awam Kos Rendah ( PAKR) berdekatan Pekan Tongod.

Perumahan mampu milik kos rendah ini merupakan usaha ke arah membantu penduduk Tongod dikalangan golongan B40.

Pembangunan rumah mampu milik itu akan dijadualkan bermula awal tahun hadapan, bagaimanapun permohonan untuk membeli rumah tersebut boleh dikemukakan melalui online.

Satu unit rumah dijual dengan harga RM47,000 sahaja.

Projek komersial dan perumahan itu merupakan program bersapadu di bawa hajatuju SMJ.

Pengurus Besar LPPB, Datuk Rosemary Ahping dan Pegawai Daerah Tongod, Mohd. Yuseri Yusof turut hadir pada majlis pecah tanah tersebut

Related Articles

253FansLike

Latest Articles