Program Tindakan Awal Cegah Kebakaran dan Agihan Pemadam API di Kg Tanjung Aru Baru

TANJUNG ARU : Satu inisiatif komuniti telah dilaksanakan di Kg Tanjung Aru Baru melalui Program Tindakan Awal Cegah Kebakaran dan Agihan Pemadam Api pagi tadi.

Program tersebut adalah sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan risiko kebakaran di kawasan berkenaan khususnya di perkampungan atas air.

Ahli Jawatankuasa PGRS DUN Tanjung Aru, Dr Ritchie Jay Cheng berkata, program dengan kerjasama JKKK Tg Aru Baru dan pihak Jabatan Bomba Sabah itu dianggap suatu yang amat penting apatah lagi pada musim fenomena cuaca kering ketika ini.

“Dalam program ini, pemadam Api akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik di sekitar kampung sebagai langkah awal kesiapsiagaan sekiranya berlaku kebakaran.

Anggota dan pegawai bomba turut hadir bagi memberi taklimat dan demonstrasi penggunaan pemadam Api kepada penduduk serta sukarelawan bomba, agar semua pihak lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Program tersebut dilaksanakan susulan peningkatan insiden kebakaran yang berlaku sejak kebelakangan ini, dipercayai berpunca daripada cuaca panas yang berpanjangan.

Justeru, pendekatan pencegahan melalui taklimat keselamatan dan tatacara pengunaan peralatan pemadaman Api amat penting.

“Saya percaya bahawa kesedaran awal dan kerjasama komuniti merupakan kunci utama dalam mengelakkan tragedi kebakaran serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara,” jelas Dr. Ritchie lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles