Gotong-Royong menuai ikan Tagal Kampung Tulung, Mantob meriah

KIULU: Memanfaatkan cuaca musim kemarau, penduduk Kampung Tulung, Mantob bergotong royong menuai ikan Tagal di sepanjang sungai yang ditagal, kira-kira 12 kilometer dari pekan Kiulu. 

Para penduduk terbabit berkumpul seawal jam 8 pagi hingga 2 petang untuk menangkap ikan, menggunakan pukat dan rambat yang hanya diadakan apabila paras air sungai cetek dan tenang.

Pengerusi Jawatankuasa Tagal Kampung Tulung, Gundohing Joos Galid berkata acara gotong royong itu diadakan setiap kali musim kemarau.

Katanya sistem tagal, antara lain, bertujuan memulihara sumber perikanan sungai selain memastikan kelestarian hidupan akuatik.

“Saya lihat suasana gotong royong menangkap ikan Tagal kali ini amat meriah, dan ini kali kedua diadakan selepas wabak Covid-19. dan jika keadaan mengizinkan tradisi ini kita teruskan muzim kemarau tahun depan,” katanya.

Joos berkata demikian ketika ditemui di kampung Tulung, dekat sini. Turut hadir Timbalan Pengerusi jawatankuasa itu Gundohing Tibin Gurin.

Joos turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang membantu menjayakan amalan tradisi menuai ikan Tagal.

Sistem Tagal merupakan sistem pengurusan sumber asli tradisional, terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah.

Ia adalah satu bentuk larangan atau “jangan” dalam bahasa Kadazandusun (bombon) di mana ikan di sungai yang ditagalkan tidak boleh ditangkap atas persetujuan masyarakat pelaksana. 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles