Oleh Yussof J. Imbang
SANDAKAN; Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyuarakan keyakinan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting menjelang Pilihanraya Umum Negeri (PRN-17) kali ini.
Naib Presidennya, Datuk Masiung Banah menyatakan, keyakinan itu berdasarkan kekuatan akar umbi di kawasan itu yang diketuai Wakil Rakyatnya, Datuk George Hiew Vun Zin sejak mewakili parti itu pada Mac 2023.
” Kita melihat track rekod Gagasan Rakyat di Karamunting hampir tiga tahun kebelakangan ini sangat tinggi dan diyakini mampu menyumbangkan satu kerusi untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), ” tegasnya.
Beliau yang juga Penyelaras Gagasan Rakyat zon 10 menyuarakan keyakinan itu semasa menghadiri sesi taklimat persiapan akhir (PRN-17) di pejabat bahagian parti itu Jalan Laila di sini, semalam.
Menurut Masiung, gerak kerja jentera kempen juga telahpun tersusun di mana tiga sayap utama, Pemuda Wanita dan Beliawanis telahpun digerakan sejak akhir tahun lalu.
Katanya, parti-parti komponen GRS dan Pakatan Harapan (PH) juga telahpun bersiapsiaga untuk meningkatkan gerak kerja politik secara bersekala kecil dan besar dalam PRN-17 di Karamunting.
Semua enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) telahpun diaktifkan dan saya yakin GRS yang dipimpin George mampu meraih sokongan mejoriti besar dalam PRN-17 kali ini, jelas Masiung.
Hiew memenangi kerusi DUN Karamunting PRN ke-14 pada 2018 dan 2022 atas tiket Warisan sebelum menyertai Gagasan Rakyat pada Mac 2023.
Sementara itu, menurut Hiew, 85 peratus ketua-ketua cawangan Warisan telahpun turut menyertai beliau berhijrah dan menyokong Gagasan Rakyat pimpinan Ketua Menteri Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Wakil Rakyat Karamunting itu pernah menjadi Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta merupakan timbalan pengerusi penyelaras Gagasan Rakyat zon 10 di Sandakan.