Charity Bazaar dan Bakat La Salle 1 dan 2 Ogos ini


KOTA KINABALU – Orang ramai terutama penduduk di sekitar Tanjung Aru diminta hadir menyokong dan memeriahkan lagi Charity Bazaar dan Bakat La Salle pada 1 dan 2 Ogos ini bertempat di perkerangan Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru.


Yang Di-Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Encik Andre Lee berkata bazaar anjuran PIBG itu bertujuan mengumpul dana bagi meningkatkan kemudahan sekolah serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat.


“Selain menjual pelbagai jenis gerai makanan dan minuman, pameran, kita juga ada acara tajaan lagu (karaoke) cabutan tiket bertuah dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh disertai oleh orang ramai.


“Gerai akan dibuka kepada orang ramai bermula jam 2:00 petang hingga jam 10:00 malam pada 1 Ogos, manakala pada 2 Ogos bersamaan hari sabtu gerai dibuka bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 10:00 malam.

“Oleh itu saya menyeru kepada orang ramai agar hadir menyokong acara ini untuk kita sama-sama bukan sahaja membantu pihak sekolah mengumpul dana untuk projek pembangunan sekolah tetapi juga menyokong usahawan tempatan,” kata Andre.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles