79 beg darah dikumpul – Biro Kesihatan Gagasan Rakyat

Dr Davina Markus Majihi dan Dr Rashid Hassan semasa ditemuramah Bicara Rakyat, Sicc Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Isu kesihatan dan kesedaran sivik terus diberi keutamaan oleh Biro Kesihatan Exco Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), membuktikan bahawa program parti tidak semestinya terikat kepada agenda politik semata-mata.

Sebanyak 79 beg darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah pada 26 dan 27 Julai yang dianjurkan sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Ahad lalu

Menurut Pengerusi Biro Kesihatan, Dr. Davina Markus Majihi, kempen tahun ini menunjukkan peningkatan ketara dari segi penyertaan, khususnya dalam kalangan belia dan penderma kali pertama.

“Kesedaran masih rendah dalam kalangan rakyat Sabah, tetapi dengan pendekatan dan insentif yang sesuai, sambutan kali ini amat menggalakkan. Golongan muda menunjukkan komitmen tinggi,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pasukan biro secara konsisten menjalankan program kesedaran dan pendidikan kesihatan, termasuk menerangkan kepentingan menderma darah.

“Ahli parti juga harus menjadi teladan. Kita mahu semua peringkat ahli tampil membantu masyarakat, bukan sekadar bergiat dalam aktiviti politik,” tambahnya.

Program ‘Lead With Life’ 2.0 ini telah menetapkan penanda aras baharu untuk kempen derma darah pada tahun ini.

Program Kesihatan dan Derma Darah ‘Lead With Life’ kali kedua dianjurkan oleh Parti Gabungan Rakyat Sabah menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles