PBS dan STAR tersepit ‘dua-dua hati’ mau kerjasama parti Malaya atau guna lambang sendiri – Dr Kanul

KOTA KINABALU: Permainan sepak terajang politik para pemimpin PBS dan STAR kebelakangan ini telah mencetus polemik dan tanda tanya kepada ramai pemerhati politik di Sabah.

Rata-rata mereka berpendapat pendekatan yang diambil oleh kedua-dua parti, termasuk kegagalan kedua-dua presiden parti menghadiri Kongress Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) baru-baru ini
lebih menjurus kepada kedudukan yang dipanggil “dua-dua hati” atau “antara takut dan berani”.

Aktivis Sosial dan Penganalisis Politik Dr Kanul Gindol berpendapat senario terbaharu itu menunjukkan kedua-dua parti tersebut seolah-olah ‘tidak sepenuh hati’ bersetuju GRS bekerjasama dengan PH bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Tanpa menyentuh kenyataan para pemimpin PBS dan STAR yang agak keberatan menerima PH atau mana-mana parti dari Malaya sebagai rakan menjelang PRN, Kanul berkata budaya politik seumpama itu cenderung dikaitkan dengan politik yang
‘tiada kejujuran dan kebijaksanaan’.

“It is all wayang masquarading as political strategy. Sepatutnya kalau hitam hitam la bah, putih putihla,” katanya ketika dihubungi Jesselton Times, hari ini.

Menurut pengamatannya, pendekatan presiden Warisan lebih unik dan menarik untuk kestabilan politik dan pembangunan yang pesat.

“Warisan mahu ‘rakyat Sabah’ yang jadi rakan dia untuk menangi kerusi-kerusi.

“Parti-parti Sabah lain pula sibuk mencari dan membuang rakan atau partner,” katanya.

Kanul berkata GRS kini mahu rakan parti dari Malaya yg mengandungi PKR, DAP, Amanah dan parti tempatan UPKO atau PH, sekaligus menolak formula Sarawak.

“UPKO sudah tentu pegang piagam parti Malaya sebab ia bukan parti dominan PH walaupun presidennya dilantik Pengerusi PH Sabah,” katanya.

Beliau berkata: ‘ presiden Warisan lebih jujur sebab lebih awal hulurkan tangan persahabatan kepada PBS tapi ditolak oleh PBS, bahkan presiden PBS dan ketua penerangan PBS sudah bersumpah setia tatap bersama GRS’.

“Jika STAR ingin menimbang keluar GRS pada saat ini, untuk apa? sudah tentu ingin menambah kerusi. Tapi selepas itu ke mana dia bawa kerusi itu? Ke GRS+PH balik?,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles