Naratif liar tuduh KM lulus lesen arang batu hanya sekadar fitnah – Masiung


Oleh Yussof J. Imbang

KOTA KINANALU; Naratif liar dicipta pembangkang yang cuba menghasut rakyat dengan agenda jahat, menuduh Ketua Menteri Sabah meluluskan lesen arang batu seluas 70,000 hektar terbukti hanyalah fitnah.

Naib Presiden, Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah menegaskan, pemimpin pembangkang telah menunjukan perepsi sebenar mereka sebagai penyebar cerita palsu.

Wakil Rakyat Kuamut itu ditemui semasa hadir Persidangan Agung Pemuda, Wanita dan Beliawanis parti itu di Pusat Konvinsen Antarabangsa Sabah (SICC) disini, pagi tadi.

” Rakyat Sabah berhak mendapat maklumat tepat dan fakta yang betul bukan naratif palsu yang disebarkan pembangkang.

” Mereka menggunakan media berbayar pro-pembangkang menuduh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluluskan projek mencarigali kepada syarikat Bumi Suria Sdn Bhd milik bekas orang kanan Perdana Menteri.

” Kita melihat mereka semakin terdesak mencipta isu fitnah menjelang Pilihanraya Negeri (PRN-17). Mereka hanya bergantung kepada rakaman suara yang tidak terbukti kesahihanya.

” Tiada satu dokumanpun membuktikan Datuk Seri Hajiji terlibat dalam salah guna kuasa tentang projek berkenaan, ” tegasnya.

Mengulas lanjut, Masiung menjelaskan, surat bertarikh 21 Mei 2024 digunakan pembangkang menyerang Hajiji hanyalah cadangan peringkat awal yang bersyarat.

” Surat tersebut merupakan sebahagian dokumen yang dibocorkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Maneral Management Sdn Bhd (SMM) yang telah dipecat.

” Jelas sekali cadangan projek carigali itu telah dibatalkan menerusi surat yang ditandatangani CEO baharu SMM, Natasha Sim pada 24 Mac 2025, ” tambah beliau.

Menurut Masiung, surat pembatalan rasmi SMM itu telah mendedahkan kebenaran fitnah pembangkang yang tidak berasas sekaligus membongkar pembohongan pembangkang kepada rakyat Sabah.

Malah kata Masiung, Ahli Lembaga Pengarah SMM telah menolak cadangan carigali melibatkan tanah seluas 70,000 hektar.

Kenyataan media, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) merangkap Ketua Merinyu Galian Sabah, Datuk Bernard Liew Chan Min telah merongkai fitnah dan pembohongan media pembangkang.

Benard memaklumkan, tiada lesen mencarigali (Prospecting Licence) dikeluarkan kepada Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd seperti yang didakwa pembangkang dalam portal media tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles