Komitmen tinggi ibu bapa elak anak terlibat gejala dadah – Liew

MEROTAI : Ibu bapa perlu menunjukkan komitmen lebih tinggi dalam membesarkan anak-anak supaya menjadi rakyat yang sihat sekali gus tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah berkata, kekuatan dan potensi keluarga dalam memerangi dadah adalah lebih berkesan dan bermakna daripada semua langkah lain.

Katanya, penglibatan anak-anak dengan gejala dadah khususnya syabu secara perlahan-lahan akan merosakkan masa mereka.

“Gejala penyalahgunaan dadah boleh mendorong anak-anak untuk melakukan jenayah seperti mencuri, merosakkan harta benda, bergaduh, membuli, mencederakan orang lain termasuk memeras ugut untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah.

“Maka, ibu bapa dengan bantuan pihak sekolah, serta kerajaan perlulah bersama-sama membendung gejala penyalahgunaan dadah dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program penyampaian Bengkung 2025 Kelab Seni Silat Pusaka Gayong SMK Merotai Besar, di sini hari ini.

Liew berkata, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil tahu dan mengawasi pergaulan serta aktiviti anak-anak mereka di luar rumah.

“Ia penting bagi membantu memastikan anak-anak mereka terhindar daripada gejala najis dadah dan aktiviti tidak berfaedah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles