Operasi SMM wajar digantung sementara sehingga siasatan selesai – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Gundohing Jeffery Nor Mohamed menyarankan agar operaai Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) digantung untuk sementara waktu sehingga siasatan penuh dijalankan terhadap syarikat itu,

Ketika membuat gesaan itu, beliau yang juga Ketua UMNO Putatan berkata langkah itu penting ekoran pelbagai cerita kontroversi negatif yang mengaitkan SMM.

Jeffery berkata terdapat keperluan mendesak untuk badan berkecuali melaksanakan ‘forensic audit’ bagi melihat segala kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di dalam operasi syarikat berkenaan.

“Saling berbalas jawapan di antara pihak syarikat dan media satu budaya yang tidak baik yang lebih banyak menimbulkan anggapan yang pelbagai dari pihak masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jeffery, ‘asset’ negeri Sabah perlu dijaga dengan baik kerana ianya melibatkan kepentingan genarasi yang akan datang.

“Pelbagai soalan perlu dijawab secara konkrit kerana SMM juga lihat sebagai pemegang amanah rakyat negeri Sabah, hak kita perlu di jaga dengan sebaik mungkin, asasnya apabila mana-mana kelulusan yang melibatkan keluasan tanah yang besar perlu dipermaklumkan kepada awam untuk mengelakkan ketirisan dan memegang prinsip ketelusan,” katanya.

Jeffery berkata cadangan itu diyakini dapat memastikan istilah integriti itu dapat dilaksanakan sebenar-sebenarnya dan hak rakyat Sabah dapat dijaga untuk selama-lamanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles