Risiko denggi: 50 penduduk Kg Bukit Nenas bangkit bersihkan kampung

SANDAKAN: Lebih 50 penduduk Kampung Bukit Nenas bangkit berganding bahu membersihkan parit dan kawasan sekeliling kampung mereka kelmarin (Ahad), selepas satu kes denggi dilaporkan di kawasan itu.

Gotong-royong itu dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, yang turut turun padang memimpin kerja-kerja pembersihan sebagai usaha segera mencegah penularan wabak.

“Apabila nyamuk Aedes mula menular, kita tidak boleh hanya tunggu. Kita kena bertindak cepat. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penduduk kerana setiap rumah terlibat hari ini. Ini bukti bahawa semangat kejiranan dan kesedaran kesihatan masih kuat di kampung kita,” katanya.

Menurut beliau, kegiatan gotong-royong bukan sahaja mampu menghapuskan tempat pembiakan nyamuk tetapi juga memperkuat semangat komuniti yang saling menjaga antara satu sama lain.

Katanya, budaya menjaga kebersihan secara kolektif perlu dijadikan amalan berterusan bagi memastikan kesejahteraan semua.

“Kampung kita, kita jaga. Kesihatan dan keselamatan bukan kerja seorang, tapi tanggungjawab bersama,” tegasnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles