Mesyuarat Bersejarah PBS-STAR Kukuhkan Persefahaman dan Gerak Kerja Politik di N18 Inanam

Oleh Dr JBD

INANAM: Mesyuarat bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang berlangsung pada Jumaat mencatat satu sejarah baharu dalam usaha membina persefahaman dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua parti di N18 Inanam.

Ketua Bahagian PBS N18, En. Fredolin Totin Bangon, dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa kehadiran pemimpin-pemimpin STAR yang diketuai oleh YBhg. Datuk Kenny Chua adalah satu pencapaian penting dalam usaha menyediakan platform demokrasi dalaman untuk memperkasa kepimpinan dan menyemai penyatuan dalam kalangan ahli parti.

“Mesyuarat seperti ini menjadi medan penting untuk memperkukuhkan semangat setiakawan dan kesatuan dalam kalangan ahli-ahli parti. Siapa juga pemimpin yang mendapat mandat secara sah sebagai calon PRN-17 harus diberi sokongan padu oleh kedua-dua pihak,” ujar beliau.

Menurutnya lagi pendekatan ini menekankan kepentingan partisipasi aktif ahli-ahli dalam organisasi politik untuk memastikan proses yang sah, inklusif dan representatif.

Dalam perkembangan sama, Datuk Kenny Chua dalam ucapan balasnya menekankan pentingnya kedua-dua parti menyusun langkah bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang semakin hampir.

“PBS dan STAR perlu membina dasar bersama, menggerakkan jentera pilihan raya secara selaras, serta memastikan komunikasi politik yang mantap untuk membina momentum kemenangan. Ini adalah strategi penting dalam memperlihatkan kekuatan dan komitmen kita kepada rakyat,” katanya.

Kenyataan Datuk Kenny Chua ini berperanan sebagai platform penting dalam membentuk persepsi rakyat dan menggerakkan mesej politik secara terancang.

Datuk Kenny juga percaya bahawa persefahaman ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan dua hala tetapi memberi peluang besar kepada mana-mana calon PBS atau STAR yang bertanding untuk meraih keyakinan dan sokongan rakyat. Ini turut menggambarkan realiti Sistem Kepartian dan Penyelarasan Pengundi di mana institusi parti memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesetiaan pengundi melalui gerak kerja terancang di peringkat akar umbi.

Mesyuarat PBS-STAR kali ini menghantar isyarat jelas bahawa gabungan ini bersedia untuk menghadapi cabaran politik yang mendatang. Ia membuktikan bahawa perpaduan dan kerjasama yang erat mampu menjadi asas kukuh dalam membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan berdaya saing di N18 Inanam.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles