Penyokong StarSabah diseru kekalkan momentum semangat bela nasib rakyat – Jafery Samion

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah, terutama penyokong StarSabah diseru mengekalkan momentum semangat meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Pengerusi Tetap Star P166 Labuan Dan Mantan Ketua Bahagian N.25 Kepayan Gundohing Jafery Jamion berkata ini penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan membela nasib rakyat.

“Begitu lah juga perjuangan seorang pemimpin MA63 yang tulen tidak mudah mengalah  dalam apa juga tekanan Dan kutukan Dari Pihak tertentu dan rakyat.

“Namun, walaupun Presiden StarSabah Datuk Dr Jeffrey  Kitingan terus Difitnah disaat  kita bakal mendepani PRN tidak lama lagi tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Jafery berkata ahli dan penyokong StarSabah menzahirkan sokongan dan solidariti kepada presiden parti itu.

“Kami  berdiri teguh bersama beliau (Dr Jeffrey) lebih dari 30 tahun dan memberikan sokongan tidak berbela bagi,  malah  sentuhan perjuangan tahun 85 Dan 86 baru bermula dan bakal kembali,” katanya.

Jafery berkata beliau terpanggil untuk memberikan respon susulan laporan media yang cuba mengaitkan Presiden Parti StarSabah dengan dakwaan menerima dana politik yang ada kaitan permohonan lesen carigali di Sabah.

“Sebagai Mantan peminpin Reformasi Negeri Sabah dari awal tahun 2001 Dan perjuang   awal Parti StarSabah Tahun 2013 Dan sehingga hari ini. saya menyatakan secara terbuka bahawa saya berdiri teguh mempertahankan integriti dan maruah Presiden kami yang telah lama menjadi suara tulen perjuangan rakyat Sabah untuk mempertahankan hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Presiden kami adalah simbol keteguhan prinsip – beliau telah mengangkat suara Sabah ke peringkat nasional dengan keberanian yang jarang dimiliki oleh mana-mana tokoh politik walaupun terpaksa  berkorban dalam penjara Selama 2 tahun 7 bulan hanya kerana politik Dan perjuangan hak Sabah,” katanya.

Oleh itu,  beliau berkata tuduhan tanpa bukti yang tular ketika ini hanyalah sebahagian dari percaturan politik yang mahu melemahkan semangat perjuangan yang beliau pelopori dari awal 80an.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles