BESS terbesar di Asia Tenggara mula beroperasi

LAHAD DATU- Battery Energy Storage System (BESS) berkapasiti 100 Megawatt (MW) dengan simpanan tenaga sebanyak 400 MWj yang terbesar di Asia Tenggara telah mula beroperasi dan dan disambungkan dengan sistem Grid Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata projek yang mula dibangunkan pada September 2024 itu telah membantu menampung kapasititenaga rizab simpanan Grid Sabah di waktu puncak sebanyak 50MW dan akan mencapai kapasiti penuh 100MW pada awal Ogos nanti.

“Kita dapat memberikan jaminan dengan adanya bateri ini nanti bekalan kepada pengguna di pantai timur Sabah yang dikatakan berkurangan sedikit sebanyak dapat diatasi,” katanya selepas melakukan lawatan tapak ke lokasi BESS di sini pada Isnin.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Elopura Power Sdn Bhd, Ir.Ts Qaddafi Abdullah Bajerai.

Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata kepercayaan yang diberi pihak Energy Commission of Sabah (ECoS) dan Kerajaan Negeri Sabah kepada Sabah Electricity untuk melaksanakan projek BESS ini digalas dengan penuh tanggungjawab dan sepenuh usaha bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan meningkatkan prestasi bekalan elektrik yang mampan di negeri Sabah.

Lokasi stesen BESS di Jalan Dam, Lahad Datu juga amat strategik kerana mampu menjadi game changer kepada kestabilan penyaluran tenaga elektrik ke dalam Sistem Grid Sabah terutamanya di Kawasan Pantai Timur.

“Projek ini akan dapat meningkatkan kestabilan kapasiti tenaga dalam Grid Sabah, di samping menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Pelaksanaan projek ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mengintegrasikan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles