SANDAKAN: Lai Zhu Xin, pelajar terbaik STPM di Sabah, telah menerima saguhati berjumlah RM1,000 daripada MCA sebagai pengiktirafan ke atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Anak kepada pasangan guru SRJK Pui Gin, Lai Hui Ming (Guru Besar) dan Kwan Wai Yee, Lai Zhu Xin berjaya meraih keputusan penuh 4A dalam aliran Sains Tulen (Pengajian Am, Fizik, Kimia, dan Matematik (T)) semasa menuntut di Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam.
Majlis penyampaian saguhati itu disempurnakan oleh Dato Chin Kim Hiung, Bendahari MCA Sabah merangkap Ketua Bahagian MCA Libaran. Turut hadir ialah ibu bapa Lai Zhu Xin serta Lai Huey Yann, Penolong Pegawai Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan.
Dalam ucapan ringkas, Chin menyatakan bahawa bantuan tunai ini adalah sebagai galakan kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk terus berusaha ke arah kejayaan yang lebih tinggi.