KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan dicadang untuk mewujudkan cawangan Politeknik di Kota Marudu bagi memenuhi keperluan rakyat, khususnya golongan pelajar atau belia di bahagian pantai utara Sabah.
Ketika membuat gesaan itu, bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Jimson Majemal berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan memandangkan Kota Marudu terletak di tengah-tengah wilayah utara Sabah.
“Saya fikir Kota Marudu layak ada Politenik kerana kedudukannya yang strategik.
“Kota Marudu terletak di tengah-tengah daerah seperti Kota Belud, Kudat, Pitas, Sandakan, Beluran dan Ranau,” katanya dalan satu kenyataan hari ini.
Menurut Jimson, sebagai kerajaan yang berpandangan jauh, kerajaan persekutuan Madani perlu peka keperluan golongan belia di kawasan luar bandar dan kedudukan geografi Sabah yang luas.
Selain itu, beliau yang juga anak jadi Tandek berkata kawasan Kota Marudu sedang pesat membangun dan ia amat bersesuaian (kangam da kopio) kemajuan itu diiringi dengan pewujudan Politeknik Kota Marudu.
“Kalau di kawasan Sandakan ada cawangan UMS, Tawau ada cawangan UiTM dan Keningau cawangan Institut Keguruan, kawasan utara Sabah wajar menikmati kemudahan yang sama, sekurang-kurangnya ada cawangan Politeknik,” kata Jimson yang juga Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) Daerah Kota Marudu.