GRS sedia pertahankan kerusi DUN Kuamut dalam PRN17

Oleh Yussof Imbang

TONGOD: Gagasan Rakyat Sabah (GRS) siap sedia mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut menjelang Pilihanraya Umum Negeri (PRN-17) akan datang.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah meletakan keyakinan, parti itu dapat menghadiahkan satu kerusi untuk GRS sekaligus membawa suara rakyat mahukan parti tempatan terus menerajui kerajaan negeri.

Hasrat itu dinyatakan secara terbuka semasa beliau merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat Kuamut yang dihadiri lebih 2,000 perwakilan dan pemerhati di Dewan Entilibon, di sini pada Sabtu.

Seretak persidangan itu, Gagasan Rakyat Kuamut turut melancarkan jentera PRN-17 yang turut dianggotai tiga sayap utama, Pemuda Wanita dan Beliawanis.

Semasa ditemui media selepas persidangan, Masiung yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut menegaskan pelancaran awal jentera sebagai petunjuk bahawa kesiapsiagaan parti itu untuk berdepan dengan parti lawan.

” Suara rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan terus menerajui kerajaan Sabah harus dihormati. Gagasan Rakyat yang dipimpin Ketua Menteri wajar menjadi tulang belakang kepada GRS.

” Kita memohon restu kepada para pemimpin GRS di Kuamut supaya nama Masiung Banah turut disenaraikan dalam tiga nama yang dicadangkan bertanding pada PRN-17, ” tambahnya.

Masiung berkata, satu mesyuarat khas bersama pemimpin GRS Kuamut akan diadakan bagi membincangkan gerak kerja bersama jentera PRN-17.

Menurut Wakil Rakyat Kuamut itu, semua sayap parti telah mula digerakan bagi memastikan parti-parti komponen GRS dapat menyusun atur perjalanan kempen.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles