Pengagihan kerusi GRS dan PH belum diputuskan – Masiung


By Yussof J. Imbang

SANDAKAN: Pengagihan kerusi antara parti-parti komponen Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) masih diperingkat perbincangann dan belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah berkata, setakat ini masih ada di antara parti komponan GRS belum menghantar cadangan senarai calon.

” Bagaimanapun perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Presiden GRS dan PH dalam masa terdekat, ” katanya kepada media selepas merasmikan Persidengan Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Gum-Gum, semalam.

” Saya tidak terlibat secara langsung dalam mesyuarat GRS, tapi biasanya presiden Gagasan Rakyat yang juga Presiden GRS akan memberi maklum.

” Agihan kerusi antara GRS dan PH juga masih belum dimuktamadkan walaupun perbincangan sedang berjalan.

” GRS yang berpayung dengan Gagasan Rakyat mesti bertanding sekurang-kurangnya 53 kerusi dan selebihnya 20 kerusi akan ditandingi PH, ” tegasnya.

Bagaimanapun menurut Masiung, semua anggota parti diperingkat bahagian dan akar umbi perlu menghormati keputusan Majlis Presiden kerana ia menjadi entiti dalam GRS.

Masiung berkata, sentimen rakyat pada masa kini lebih kepada parti tempatan, tetapi kerjasama dengan PH harus diutamakan kerana ia bernaung di bawah Perdana Menteri.

Lebih 1500 perwakilan dan pemerhati Gagasan Rakyat Gum-Gum hadir pada persidengan itu dibawah pimpinan ketua bahagianya, Datuk Juslie Ajirol dan timbalanya, Datuk Jaffari Waliam.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles