KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru agar kempen berunsurkan penghinaan dihentikan dan memberi tumpuan kepada perkongsian idea yang baik menjelang pilihan raya negeri Sabah ke-17 (PRN)
“Politik tidak seharusnya tertumpu menyerang individu sahaja — ia sebaliknya wajar menyediakan penyelesaian,” katanya dalam cataran terbaharu di Facebook.
Salleh menekankan bahawa tidak perlu merendahkan orang lain untuk menyerlah di mata rakyat.
“Apa yang penting adalah siapa yang membentangkan idea yang lebih baik, strategi yang lebih jelas, dan sejarah berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan menegaskan bahawa serangan peribadi dan hujah emosional tidak membantu.
Salleh menyatakan bahawa seumpama itu hanya mencipta perpecahan dan mengalihkan perhatian daripada isu-isu penting.
“Saya menyokong bentuk politik yang lebih matang — yang menghormati, fokus, dan berfikiran ke hadapan.
“Kita mungkin mempunyai pendapat yang berbeza, tetapi jika kita mengekalkan profesionalisme dan ketulusan, kita masih boleh mencapai matlamat yang sama – masa depan yang lebih cerah untuk negeri dan negara kita,” tambahnya.