Oleh Yussof Imbang
PITAS: Dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pitas dan Pintasan diyakini menjadi ‘fixed deposit’ Parti Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihanraya Umum Negeri (PRN17) akan datang.
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah yakin kedua-dua kawasan itu mampu meraih keputusan cemerlang dalam PRN17 sekaligus penyumbang tetap kerusi GRS.
Terdahulu beliau merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas sebelum merasmikan persidangan tahunan bahagian Pintasan di Kota Belud.
Gagasan Rakyat Pitas diketua Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Dato’ Sri Ruddy Awah, sementara Pintasan diketuai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Randdan.
Berdasarkan prestasi cemerlang kedua-dua bahagian Gagasan Rakyat itu, Masiung meletakan keyakinan bahawa Pitas dan Pintasan mampu mempertahan kerusi parti itu pada PRN17.
Semasa menyampaikan ucapan dihadapan lebih 2,500 perwakilan di Dataran Terbuka Kampung Salimpodon, Pitas, beliau mengingatkan ahli parti supaya tidak alpa apabila berada di puncak kecemerlangan.
Sebaliknya, pemimpin di peringkat akar umbi perlu ada kesungguhan yang tinggi untuk mencapai kemenangan bergaya.
Masiung menegaskan, ahli-ahli parti wajar mengambil contoh dari sejarah Perang Badar yang pada awalnya dimenengi tentera Islam namun akhirnya tewas dengan tentera Quarisy selepas leka ketika meraikan kemenangan.
Sementara itu, ketika merasmikan peridangan Gagasan Rakyat Pintasan di KOTA BELUD, Masiung meningatkan ahli-ahli parti itu supaya tidak bertindak mengikut acuan sendiri, sebaliknya bekerja mengikut arahan pucuk pimpinan parti.
Beliau menegaskan, ahli-ahli Gagasan Rakyat tidak sibuk dengan teka-taki tarikh pembubaran DUN kerana ia adalah bidang tugas presiden parti.
Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, setiap pimpinan parti di peringkat bahagian hendaklah fokus dengan tugas bagi meraih kemenangan dan tidak terlalu melayani karenah pembangkang.
Jelasnya, semakin pembangkang menabur fitanah dan memainkan isu jahat, maka semakin kuat kedudukan Gagasan Rakyat dan GRS yang berperanaan sebagai kerajaan negeri yang memerintah.
