Mampukah KDM merobohkan kubu kuat PBS di DUN Tandek dalam PRN?

KOTA MARUDU: DUN Tandek merupakan antara kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) yang kini menganggotai parti memerintah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, kedudukan itu tercalar sedikit apabila calon KDM Datuk Wetrom Bahanda mencatatkan kemenangan mengejut di Parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum yang lalu.

Difahamkan pengundi ketiga-tiga DUN – Matunggong, Tandek dan Bandau telah memberi sokongan padu kepada KDM.

Persoalannya sekarang ialah adakah pengundi DUN Tandek yang kini dikatakan menjangkau 27,000 orang terus memberi sokongan kepada PBS/GRS dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang ?

DUN Tandek kini diwakili Datuk Hendrus Anding, dan beliau dijangka akan mempertahankan kerusi itu pada PRN ke-17.

Ramai pemerhati meramalkan Hendrus berdepan tugas berat untuk mempertahankan kerusi DUN Tandek kali ini.

Beliau dijangka bertembung dengan calon KDM yang bertekad untuk menawan kerusi DUN Tandek.

Semasa berucap di majlis bersama rakyat di Kampung Surun-Surun dekat sini baru-baru inu, Wetrom yang juga timbalan presiden KDM menyebut beberapa tokoh yang bakal menyarung jersi KDM dalam PRN nanti.

Antara tokoh yang disebut-sebut itu ialah Benson Tuyundo dan bekas penolong pegawai pendidikan daerah dan pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Kota Marudu
Jimson Majemal.

Turut disebut ialah Dato’ Baintin Adun dan Lewrence Saibon.

Wetrom berharap rakyat Tandek akan memberi sokongan padu kepada mana-mana calon KDM yang terpilih nanti.

“Kita perlu bekerja kuat dan bersatu padu bagi memastikan KDM menang di Tandek,” katanya.

Difahamkan juga, Warisan dijangka mencalonkan Datuk Jilid Kuminding untuk bertanding di DUN Tandek.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles