DUN Sabah dijangka dibubarkan 27 Julai?

KOTA KINABALU: Seorang penganalisis politik tempatan meramalkan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) akan dibubarkan pada 27 Julai depan iaitu semasa ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Musli Oli berpendapat ucapan penangguhan Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor merupakan peluang terbaik untuk meniup semangat dan semboyan PRN yang dinanti-nantikan jutaan rakyat Sabah.

“Kita jangka Datuk Hajiji akan mengistiharkan pembubaran DUN pada waktu itu (27 Julai), “ katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Tempoh DUN Ke-16 Sabah ketika ini dijadual berakhir pada Oktober depan jika ia tidak dibubar lebih awal dari tarikh tamat tempohnya.

Dua hari lepas, Hajiji dipetik sebagai berkata bahawa GRS kini siap sedia bagi menghadapi PRN namun pengagihan kerusi di kalangan parti komponen GRS masih belum dimuktamadkan.

Sementara itu, Musli meramalkan PH akan bertanding di lebih 20 kerusi DUN.

“Perbincangan PH – GRS dan BN telahpun diadakan. Keputusannya cuma pengagihan kerusi PH sahaja yang dikatakan telah disepakati iaitu minima 20 kerusi.

“Dalam perbincangan itu dikatakan kedua-dua GRS dan BN bersetuju tidak akan meletakkan calon di kawasan 20 kerusi yang diberikan, “katanya.

Bagaimanapun, Musli berkata perbincangan pengagihan kerusi GRS – BN pula dikatakan menemui jalan buntu, dan kedua-dua pihak bersetuju bertanding free for Al (secara terbuka).

Baru-baru ini, Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Umno akan bertanding dan sedia bekerjasama dengan GRS selepas PRN.

Musli turut meramalkan Warisan akan bertanding di sekurang-kurangnya 60 kerusi, termasuk kerusi DUN yang bakal ditandingi PH.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles