Masiung beri bayangan GRS tanding 52 kerusi dalam PRN

Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Pemimpin popular dengan slogan Tatap Kalaga, Datuk Masiung Banah membayangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding sekurang-kurangnya 52 kerusi dalam Pilihanraya Umum Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

” Berdasarkan sentimen kuat rakyat Sabah kepada parti tempatan menjelang PRN kali ini saya jangakan kita bakal bertanding 52 kerusi jika Pengerusi GRS bersetuju mengenai cadangan itu.

” Selebihnya 21 kerusi bakal diagihkan kepada parti nasional yang bersetuju menjalinkan kerjasama dengan GRS, ” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 700 orang pada siri Jelajah GRS di Kampung Mananam di sini, petsng semalam.

Naib Presidan Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) itu berkayakinan calon-calon parti tempatan dalam GRS mampu menjadi pertaruhan dominan sekaligus menyingkirkan pembangkang yang sebelum ini ditolak oleh rakyat ketika menjadi kerajan di Sabah.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut menegaskan, GRS akan lebih berhati-hati menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti-parti lain ekoran peristiwa cuba menjatuhkan kerajaan negeri menerusi Langkah Kinabalu pada Januari 2023.

Menurut beliau, hubungan kerjasama politik dan pentadbiran kerajaan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) pada ketika ini cukup baik dan ia boleh dikekalkan.

Masiung yakin, jika kesepakatan GRS dan PH diteruskan dalam menghadapi PRN17, maka gabungan itu diyakini mampu membentuk kerajaan negeri Sabah sekali lagi.

Terdahulu ketibaan Masiung disambut sebagi wira oleh etnik Orang Sungai Making di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mananam sambil diiringi lebih 30 motosikal yang membawa bendera GRS.

Majlis jelajah itu dihadiri semua Ketua-ketua Bahagian parti komponen GRS dalam Dewan Undangan Negeri Kuamut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles