Jangan Remehkan Calon Bebas – PPRS

KOTA KINABALU – Calon bebas tidak seharusnya dipandang rendah dalam landskap politik semasa, khususnya apabila matlamat utama mereka adalah untuk membela nasib rakyat dan membawa perubahan di peringkat akar umbi.

Presiden Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah (PPRS), Datuk Mohd Fadli Fathullah berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada penduduk setempat yang mendakwa isu-isu tempatan tidak ditangani dengan berkesan oleh wakil rakyat sedia ada.

“Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang yang menyatakan tindakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) yang juga ahli DAP, Cyril Liew ingin bertanding calon Bebas sebagai terdesak adalah silap besar.

“Berdasarkan laporan yang diterima kepada PPPS banyak aduan di kawasan DUN beliau tidak dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, tindakan Cyril untuk bertanding bebas adalah tepat untuk membantu masalah rakyat di kawasan tersebut.

“Cyril mengambil keputusan untuk bertanding bebas supaya beliau dapat meneruskan perjuangannya dalam membangunkan dan membela nasib rakyat di kawasan itu.

“Sudah tiba masanya generasi baharu tampil untuk pemimpin Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles